Menu
Negeri-negeri_Selat Sejarah dan pentadbiranPenubuhan Negeri-negeri Selat adalah melalui Perjanjian Inggeris - Belanda pada tahun 1824 diantara British dan Belanda, yang menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada Kawasan Jajahan British di bahagian utara dan Kawasan Jajahan Belanda di bahagian Selatan. Sebagai balasan, kawasan penempatan British di Bencoolen (Bengkulu di Sumatera) diserahkan kepada Belanda dan Koloni Belanda di Melaka diserahkan kepada British serta Belanda tidak akan menuntut haknya ke atas Singapura. Pusat Pentadbiran Negeri - Negeri Selat telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura pada tahun 1832.
Pada tahun 1867, Negeri - Negeri Selat telah dijadikan sebagai Koloni Mahkota British yang mana pusat pentadbirannya telah dipindahkan dari Calcutta ke Pejabat Tanah Jajahan di London pada 1 April. Pada 4 Februari "Letters Patent" telah diberikan kepada penempatan sebagai Perlembagaan Koloni. Bagi memberi kuasa yang lebih kepada Gabenor Negeri - Negeri Selat yang mentadbir Koloni Negeri - Negeri Selat, sebuah badan telah ditubuhkan bagi membantu Gabenor iaitu Majlis Eksekutif Negeri - Negeri Selat yang mengandungi keseluruhan ahli - ahli majlis rasmi (i.e. ex officio), dan sebuah Badan Perundangan yang mengandungi ahli - ahli rasmi dan ahli - ahli yang dipilih. Jentera Pentadbiran bagi Koloni Negeri - Negeri Selat dan Negeri - Negeri Melayu Bersekutu telah dilaksanakan oleh Perkhidmatan Awam yang mana anggotanya telah dilatihkan dengan peperiksaan atau ujian yang kompetitif yang dilaksanakan setiap tahun di London. Pulau Pinang dan Melaka ditadbir secara langsung dari Gabenor dan Konsulat Residen.
Menu
Negeri-negeri_Selat Sejarah dan pentadbiranBerkaitan
Negeri Sembilan Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia Negara Palestin Negeri Sembilan FC Negeri-negeri Gabungan Amerika Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Negeri Bersekutu Mikronesia Negeri-negeri Melayu Bersekutu Negeri Sembilan FC musim 2021 Negeri-Negeri SelatRujukan
WikiPedia: Negeri-negeri_Selat